Networking :Teknik pengesanan masalah rangkaian

ASAS PENGESANAN MASALAH RANGKAIAN MENGGUNAKAN APLIKASI DOS COMMAND


1.0            PENGENALAN
Permasalah internet seringkali berlaku di persekitaran kita.  Ia boleh berlaku di tempat kerja, di rumah dan juga di mana - mana yang mempunyai akses kepada talian internet.  Masalah ini berlaku akibat daripada banyak punca dan kadang-kadang menimbulkan masalah untuk meneruskan kerja atau mencari bahan bacaan serta maklumat, penyelesaian kepada masalah ini ialah melakukan pengesanan ralat rangkaian menggunakan aplikasi DOS COMMAND.

2.0       DEFINISI
Asas bagi pengesanan ralat atau kegagalan mengakses internet  menggunakan  DOS command  adalah seperti Ipconfig, Ping, Tracert dan Nslookup. Setiap command di atas mempunyai fungsi fungsi tersendiri  dan perlu difahami untuk menganalisa keputusan yang terhasil secara teks.  Akses arahan ini boleh  dicapai di dalam perisian windows yang dikenali sebagai command prompt yang tersenarai di pilihan accsessories pada Menu utama.


2.1       IPCONFIG

Command Ipconfig memaparkan nilai kongfigurasi bagi rangkaian TCP/IP semasa di dalam komputer. Maklumat asas seperti alamat Internet Protocol, alamat Router, alamat DNS bagi komputer pelayan, DHCP server dan sebagainya (Joseph D sloan , 2001).


  Rajah 2.1.1 : Maklumat Asas Setelah Arahan ipconfig dilaksanakan.

Sesetengah  versi windows memaparkan dhcp server dan di dalam kes ini, alamat Internet Protocol dilihat sama dengan alamat router yang mana bermaksud fungsi dhcp server terkandung di dalam router itu sendiri. Contoh yang paling jelas adalah Router Streamyx yang digunakan di kediaman anda.  Dengan terlaksananya arahan ini , maka pengumpulan maklumat boleh berlaku dan penggunaan arahan ini sangat penting untuk tujuan troubleshooting atau penyelenggaraan rangkaian pada tahap yang pertama di mana pengumpulan maklumat adalah sebahagian daripada proses pembaikpulihan.

2.2       PING
Command PING merupakan singkatan dari Packet Internet Groper iaitu satu aplikasi utiliti windows yang berfungsi sebagai pemeriksa jaringan berdasarkan Transmission Control Protocol/Internet Protocol (Flady Nasrulloh (2013). Berfungsi membuat permintaan isyarat echo respon, ataupun meminta tindak balas kepada sesuatu peralatan di dalam rangkaian melalui alamat ‘Internet Protocol’ untuk memastikan peralatan /alamat Internet Protocol  yang dipinta sama ada aktif ataupun tidak.
Rounded Rectangle: Ping devices dosent  exist. It will get no     respon Reply time out>> sent 4 received 0 = 4 lost 100% lost  >> so not exist , That mean the system you want to reach  is not connect to network” (Sakitech, 2012).



    Arahan PING bermaksud menghantar echo request kepada alamat Internet Protocol dan sekiranya devices yang mengandungi alamat tersebut aktif, ia akan memberi respon atau tindakbalas yang menunjukkan ianya aktif dan akan dipaparkan secara teks atau dikenali juga sebagai echo respon. Jika devices yang mempunyai alamat tersebut tidak aktif, maka status  yang menunjukkan alamat Internet Protocol tidak dapat dicapai akan dipaparkan (Joseph D sloan , 2001). Contoh penggunaan C:Windows\system32> PING <IP ADDRESS> ditunjukkan seperti rajah 2.2.1 di bawah.

                     
            Rajah 2.2.1  : Contoh C:\ping  192.168.1.1 / 10.4.20.9696  dan  ping google.com


2.3       TRACERT
Command Tracert membenarkan anda melihat atau menjejaki setiap alamat Router yang dicapai (singgah) sehingga ke destinasi alamat yang diingini. Sehingga sampai ke destinasi, setiap persinggahan atau capaian alamat akan memaparkan status sama ada ianya aktif ataupun tidak. Jejak alamat adalah mengikut susunan capaian berdasarkan sambungan fizikal rangkaian tersebut. Persingahan atau setiap alamat yang dipaparkan dinamakan hops (Joseph D sloan , 2001). Contoh penggunaan ditunjukkan dalam rajah 2.3.1 di bawah.
                              
   
Rajah 2.3.1 : Contoh  C:\ Tracert google.com
  
Jumlah laluan sebelum mencapai google.com adalah 11 router (11 ip), Router pertama adalah milik pengguna sendiri (wireless broadband), manakala router kedua  ialah verizon, ALTER.net, sehinggalah router yang ke 10.  Jika ada di antara router tersebut tidak aktif, maka ia akan memaparkan Reply time out  bermaksud  destinasi tidak dapat dicapai. Contohnya pada  router ke-4 (verizon) berstatus tidak aktif, tindakan yang perlu dilakukan adalah menghubungi ‘verizon’ (‘router’ ke-4) dan memberitahu kepada mereka bahawa router pada bahagian tersebut mengalami kerosakan.


2.4       Nslookup
Command nslookup iaitu fungsian untuk mencapai dns record  ataupun rekod bagi nama domain yang diberikan ataupun alamat bagi sesuatu komputer pelayan. Perlu diingat, alamat dan nama domain tersimpan di dalam pelayan DNS, jadi nslookup command membolehkan anda query (menyedut maklumat/bertanya) tentang DNS rekod bagi tujuan pengumpulan maklumat (Joseph D sloan , 2001).
Fungsian Nslookup digunakan selalunya untuk memeriksa host tertentu bersambungan dengan IP yang mana satu. Kebarangkalian untuk worldwide server @ mirror @ alternate  mempunyai lebih dari satu alamat adalah tinggi (Joseph D sloan , 2001). Perbezaan alamat pada lookup adalah bergantung pada routing ISP (Internet Service Provider) dan mungkin jugak pilihan destinasi alamat mana yang lebih cepat. Contoh penggunaan NSLOOKUP ditunjukkan dalam rajah 2.4.1 di bawah.



Rajah 2.4.2 : Capaian google menggunakan alamat 74.125.228.105



3.0       KESIMPULAN

Perkembangan teknologi rangkaian yang signifikan pada masa kini mempengaruhi setiap bidang yang menggunakan aplikasi berkomputer sama ada dalam urusan kerja, pembelajaran mahupun urusan peribadi (Firkhan Ali Hamid Ali, M. Hafiz Mt. Saidun, Khairul Amin Mohd Sukri, Zubaile Abdullah & Hannes Masandig, 2010).  Kerancakan  teknologi ini disokong dengan kecekapan sambungan rangkaian internet yang stabil dan kurang risiko gangguan.  Bagi mencapai matlamat ini, kemahiran dalam menangani permasalahan rangkaian khususnya talian  internet  perlu dipertingkatkan yang mana  merangkumi kata arahan ping, ipconfig, tracert dan nslookup.  Kesemua kata arahan ini digunakan secara meluas oleh pentadbir rangkaian di serata dunia.  Sebagai pengguna akhir end user, seharusnya mengetahui asas pengesanan masalah rangkaian untuk kegunaan diri sendiri dan juga sebagai kemahiran asas seiring dengan penguasaan era teknologi rangkaian pada masa kini (Firkhan Ali Hamid Ali, M. Hafiz Mt. Saidun, Khairul Amin Mohd Sukri, Zubaile Abdullah & Hannes Masandig, 2010).  Terhasilnya nota ringkas ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan pembaca terutamanya pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah yang meminati teknologi rangkaian komputer, khususnya pelajar dari kursus Sijil Sistem Komputer dan Sokongan.


RUJUKAN                                                                                                                                  
1         1.    Joseph D sloan . (2001). Network Troubleshooting Tools. Bangi: Penerbit O’Reilly Media.

2         2.    Firkhan Ali Hamid Ali, M. Hafiz Mt. Saidun, Khairul Amin Mohd Sukri, Zubaile Abdullah                & Hannes Masandig. (2010). Asas Rangkaian Komputer. : Penerbit UTHM.

3.      Sakitech, (2012), Network Troubleshooting using PING, TRACERT, IPCONFIG, and NSLOOKUPcommands , https://www.youtube.com/watch?v=AimCNTzDlVo , 16 Oktober 2014.

       4.      Flady Nasrulloh (2013).Pengertian,Fungsi dan penjelasan PING pada Command d Promt (CMD),                        http://perilian.blogspot.com/2013/10/pengertian-fungsi-dan-penjelasan-ping.html, 16 Oktober                          2014.


Comments

  1. jika ada sebarang tajuk berkenaan networking yang muskil sila inform ..

    ReplyDelete
  2. wifi wiyerless kalau untuk smartphone line jadi x ade tpi kalau laptop ,,ok plak ,,cmaner solution dia .berlaku bila duk dlm bilik,,

    ReplyDelete
  3. 1. signal ada ? kalau ada..then dapat login ssid pswrd sepatutnya takda masalah.

    2. smartphone setting ? kalau samsung lenovo blabla biasa samaje auto. kalau blackberry maybe kene check setting .

    3. berlaku bila duk dalam bilik? maknanya kat ruang tamu ok? , kalau camtu maksudnya masalah coverage tak sampai, sama ada phone tak kuat tarikh signal atau dinding block .


    solution

    beli router wireless yg ada function bridge dan setting bridge. masukkan mac add router wifi baru dlm streamyk router dan mac add router streamyx dalam router wifi baru.

    solution 2

    dalam bilik ada komputer? beli dan install access point dlm 50 inggit . pada ruangan start -search- taip "ncpa.cpl" nanti akan pegi pada network adaptor dalam windows..jadi..

    akan ada dua wifi ssid yg di detect.. contohnya

    ssid baru: qayyim
    ssid rumah: asri
    ssid rumah org lain: pokheng

    ok. klik pada qayyim dan asri dgn menekan butang ctrl. dan klik kanan pilih "bridge"

    maksudnya access point ssid qayyim suda jadi kembar dgn ssid asri dan boleh guna .

    ssid asri: kene tau pasword dialah hehe.


    selamat mencuba..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts